Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad

10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad

Diterbitkan September 22, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam laporan SECURELIST yang diterbitkan oleh Kaspersky mendedahkan, dari Julai 2021 hingga Jun 2022, sebanyak 91,984 fail termasuk perisian hasad dan aplikasi yang mungkin tidak diingini telah disebarkan dengan menggunakan judul permainan popular sebagai tarikan.

Akibatnya seramai 384,224 pengguna menghadapi ancaman perisian hasad di seluruh dunia.

Menurut Kaspersky, Minecraft, menjadi judul permainan paling popular yang paling kerap digunakan untuk umpan mangsa, iaitu dengan sebanyak 23,239 fail disebarkan menggunakan nama Minecraft sehingga menjejaskan seramai 131,005 pengguna dari Julai 2021 hingga Jun 2022.

Ia diikuti Roblox dengan penyebaran bilangan fail berniat jahat atau tidak diingini sebanyak 8,903 yang telah menjejaskan  38,838 pengguna di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • 2 Siri The Uncharted Bakal Hadir Ke Platform PC Oktober Depan
  • Spesifikasi Penuh OnePlus 11 Pro Didakwa Tertiris - Cip Snapdragon 8 Gen 2, Pengecasan 100W
  • Tablet Xiaomi Kegemaran Ramai, Xiaomi Pad 5 Kini Terima Android 12

Judul-judul permainan popular lain yang turut kerap digunakan bagi memerangkap mangsa termasuklah FIFA, Far Cry dan Call of Duty.

Sebilangan besar pengguna lain turut berdepan dengan ancaman perisian hasad adalah semasa mereka membuat carian kandungan yang berkaitan dengan judul permainan Need for Speed, GTA dan Call of Duty.

Berikut adalah 10 judul permainan popular yang paling kerap digunakan berkaitan dengan fail unik berniat jahat dan tidak diingini menurut Kaspersky dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022:

Judul Permainan Nombor fail unik*
Minecraft 23239
FIFA 10776
Roblox 8903
Far Cry 8736
Call of Duty 8319
Need for Speed 7569
Grand Theft Auto 7125
Valorant 5426
The Sims 5005
CS:GO 4790

Sumber: SECURELIST

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY