1 Punca Yang Menyebabkan 99.9% Pengguna Akaun Microsoft Digodam

Ciri keselamatan penting yang tidak diaktifkan oleh pengguna akaun Microsoft menyebabkan berjuta akaun itu digodam sepanjang tahun lalu.


Dalam persidangan RSA Conference 2020 yang berlangsung pada lewat Februari lalu, pakar keselamatan Microsoft mendedahkan sebanyak 1.2 juta pengguna akaun Microsoft telah digodam sepanjang 2019 lalu.

Punca utama kepada berlakunya insiden penggodaman itu pula adalah kerana pengguna didapati tidak mengaktifkan ciri pengesahan pelbagai faktor (multi-factor authentication aka MFA) yang ditawarkan oleh Microsoft.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=245&v=B_mhJO2qHlQ&feature=emb_logo

 

Malah Microsoft mendedahkan setakat Januari 2020,hanya 11% pengguna di syarikat-syarikat yang mengaktifkan ciri MFA.

Akibatnya, masalah ini memberikan kesan buruk ke atas pengguna, khususnya terhadap syarikat-syarikat kerana mereka memiliki data-data sensitif berkaitan kewangan, data peribadi pekerja dan lain-lain.

Oleh itu, Microsoft menasihatkan kepada para pengguna servis Microsoft supaya mengaktifkan ciri keselamatan MFA kerana ciri itu didakwa berkesan menyekat sehingga 99.9% insiden penggodaman.

https://twitter.com/SElovitz/status/1235725710305751040?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1235725710305751040&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.zdnet.com%2Farticle%2Fmicrosoft-99-9-of-compromised-accounts-did-not-use-multi-factor-authentication%2F

Sumber: ZDNet