Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 Hingga 2 Satelit Starlink Didakwa Jatuh Ke Bumi Setiap Hari

1 Hingga 2 Satelit Starlink Didakwa Jatuh Ke Bumi Setiap Hari

Diterbitkan Oktober 6, 2025 · Dikemas kini Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

Kini, satu hingga dua satelit Starlink jatuh ke Bumi setiap hari, dan angka ini dijangka akan meningkat kepada lima buah satelit sehari, menurut bekas ahli astrofizik Harvard  bernama, Jonathan McDowell.

Satelit milik SpaceX ini yang berada di orbit rendah Bumi (LEO), hanya mampu bertahan sekitar 5–7 tahun sebelum terbakar semasa kemasukan semula ke Bumi.

Manusia di Bumi yang secara tidak sengaja menyaksikan jatuhan ini pula sering menyalah anggap fenomena bebola api yang dilihat mereka di langit sebagai meteor.

Walhal, kejadian bebola api di langit Bumi oleh jatuhan meteor adalah jauh lebih laju berbanding jatuhan satelit ke Bumi.

Fenomena ini dijangka akan semakin kerap berlaku kerana jumlah satelit yang dilancarkan meningkat secara drastik mutakhir ini, bukan sahaja oleh SpaceX, tetapi juga satelit dilancarkan Amazon dan China.

Aktiviti solar yang tinggi turut mempercepatkan kejatuhan satelit, seperti yang berlaku pada 2022 apabila ribut suria menyebabkan 40 satelit Starlink gagal berfungsi.

40 Satelit Starlink Terpaksa Dimusnahkan Akibat Terkesan Dengan Insiden Ribut Solar
Setakat 25 September 2025, sebanyak 8,475 satelit Starlink berada di orbit, di mana 8,460 daripadanya berfungsi, menurut Ahli Astronomi Jonathan McDowell.

Malah risiko pelanggaran satelit yang berpotensi mencetuskan rantaian serpihan angkasa semakin menjadi kebimbangan global ekoran daripada peningkatan jumlah satelit yang menghuni orbit Bumi ini.

Selain itu, pihak NOAA juga telah melaporkan penemuan zarah logam di ruang stratosfera daripada pembakaran kemasukan satelit ke Bumi  dengan kesan jangka panjang yang masih tidak diketahui terhadap hidupan Bumi.

1 Hingga 2 Satelit Starlink Didakwa Jatuh Ke Bumi Setiap Hari

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2
  • Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY