Setelah bertahun-tahun dikenali peminat dengan hanya kartun smiley, YouTuber terkenal dalam permainan Minecraft, Dream akhirnya kini mendedahkan wajah sebenarnya.
{suggest}
Mempunyai lebih 30 juta subscriber di YouTube, beliau sebelum ini hanya menggunakan suara dalam penstriman langsung dan adakalanya muncul di hadapan kamera dengan memakai topeng.
Namun, dengan video terbaharu yang dimuat naik di YouTube, Dream kini mendedahkan wajahnya buat kali pertama kepada umum.
Merasa janggal mendedahkan wajah buat pertama kali, Dream memperkenalkan dirinya sebagai Clay dalam video berdurasi 5 minit itu.
Selain memuat naik video di YouTube, Dream juga telah mendedahkan wajahnya kepada pencipta kandungan lain terlebih dahulu. Antaranya termasuk YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee atau dikenali sebagai MKBHD. Pendedahan wajah Dream itu menerima pelbagai reaksi teman rapat dan peminat.
Met @Dream today and saw his face. Nice guy ?
(Pardon the quality. But also lowkey he's in the middle of one of the most interesting social media campaigns I've ever seen) pic.twitter.com/HZOEa9lCZ3
— Marques Brownlee (@MKBHD) October 2, 2022
Dalam pada itu, Dream menyatakan akan terus menghasilkan kandungan video Minecraft yang sama dan tidak merancang untuk meletakkan kamera muka (face cam). Akan tetapi, Dream memaklumkan mungkin akan mula menghasilkan kandungan berbentuk in real life atau dunia nyata bersama rakan-rakannya, yang sebelum ini tidak dapat dilakukannya.
guess who pic.twitter.com/eqSWH1wAxd
— Dream (@Dream) October 3, 2022
Bagi yang belum tahu, Dream pernah dianugerahkan dua Rekod Dunia Guinness kerana kejayaan kandungan yang dimuat naik berkaitan permainan Minecraft.
Sumber: YouTube