Pada bulan lalu, Maybank telah mengumumkan pengaktifan baharu Secure2u akan beralih sepenuhnya ke aplikasi MAE. Kini, Maybank mengumumkan Secure2u pada aplikasi MAE ditambah baik dengan tempoh pengaktifan 12 jam, bermula 20 Oktober 2022.
{suggest}
Menurut Maybank, langkah itu bertujuan bagi mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan serta mengukuhkan lagi tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna.
Dinyatakan, tempoh pengaktifan 12 jam ini akan berkuat kuasa apabila pengguna:
- Aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; ATAU
- Aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain
Perlu diketahui, pengguna hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.
Mulai 20 Oktober 2022, #Secure2u pada aplikasi MAE akan ditambah baik dengan tempoh pengaktifan 12 jam.
Tempoh ini akan berkuat kuasa apabila anda mendayakan mengaktifkan Secure2u pada MAE:
1️⃣ untuk kali pertama
2️⃣ pada peranti lainInfo: https://t.co/TJqJ7maATj pic.twitter.com/mMV9hZACXU
— Maybank (@MyMaybank) October 19, 2022
Untuk makluman, Secure2U merupakan cara yang lebih mudah dan selamat untuk membenarkan transaksi perbankan dalam talian dengan menggunakan Secure Verification (pengesahan one-tap) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi mudah alih).
Gambar utama: Maybank
Sumber: Maybank