Gimbal untuk telefon pintar yang boleh dilipat.
Jika sebelum ini, DJI Osmo Mobile 3 telah diperkenalkan dan direka bentuk supaya ia boleh dilipat, kali ini sebuah lagi gimbal terbaru dari syarikat ZHIYUN Tech turut hadir dengan model terbaru gimbal untuk telefon pintar dengan ciri yang boleh dilipat.
Gimbal ZHIYUN Smooth-Q2 ini seberat 450 gram dan diperbuat daripada logam aluminium. Walaubagaimanapun ia sedikit berat berbanding DJI Osmo Mobile 3 yang hanya seberat 405g sahaja.
Antara ciri utama Gimbal ZHIYUN ini adalah aa boleh disimpan ke dalam poket tanpa pengguna perlu melipatnya terlebih dahulu.
Malah baterinya juga boleh ditanggalkan dan dicas dari luar. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4500 mAh yang membolehkan gimbal ini beroperasi sehingga 16 jam. ZHIYUN Smooth-Q2 sesuai digunakan hampir pada semua model telefon pintar yang berat maksimumnya 260 gram.
Pihak ZHIYUN Tech kini sedang mengumpul dana menerusi laman Kickstarter bagi meneruskan projek ini. ZHIYUN Smooth-Q2 ini dijangka akan mula ditawarkan kepada pengguna diseluruh dunia pada Oktober 2019 nanti.
Gimbal ringan dan kecil ini dijangka akan dijual pada harga HKD854 atau bersamaan dengan sekitar RM460 seunit.
https://www.youtube.com/watch?v=sN338FyajkE
Berkaitan
- Pengguna Telefon Pintar Galaxy Mula Terima Kemas Kini One UI 5.1
- Pengguna Telefon Pintar Di China Kini Kembali Ke Pangkuan iPhone
- Bagaimana Pelajar B40 Boleh Dapatkan Telefon Percuma
- Cari Arah Kiblat Berpandu Piring Astro Dan Aplikasi Telefon Pintar? Ini Jawapan Mufti
- Pengeluar Telefon Pintar YotaPhone Diisytihar Bankrap
- Taiwan Memberhentikan Penjualan 3 Model Telefon Pintar Huawei Demi Maruah Negara
- Pengguna iPhone Semakin Tertarik Dengan Telefon Pintar Boleh Lipat - Motorola
- Apple iPhone 7 Plus Adalah Telefon Pintar Yang Paling Popular Di Malaysia
- WhatsApp Menamatkan Sokongan Terhadap Telefon Pintar Windows Serta Peranti Android dan iPhone Model Terdahulu
- PUMA Lancar Pakaian Dan Aksesori Sukan Bertema One Piece, Harga Bermula RM129