ZenFone Max Pro M2 akan menggunakan bateri berkapasiti yang sama dengan ZenFone Max Pro M1 iaitu 5,000 mAh namun hanya itu sahaja yang menjadi persamaan antara kedua-dua peranti tersebut. ZenFone Max Pro M2 akan dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 dari Qualcomm. Dengan cip terbaru ini, ASUS mendakwa kemampuan peranti dari segi fotografi meningkat hasil bantuan teknologi A.I dari Qualcomm.
Peranti ini juga akan menjadi peranti pertama di dalam kelasnya menggunakan Corning Gorilla 6 yang menjanjikan ketahanan lebih 2 kali berbanding Corning Gorilla 5. ZenFone Max Pro M2 menggunakan bahan akrilik bagi menghadirkan luaran yang lebih cantik dan moden. ZenFone Max Pro M2 akan datang dengan tetapan 4/6GB memori ROM dan ruang storan sebesar 64GB.
Untuk bahagian fotografi, peranti ini akan menggunakan sensor IMX 486 (f/1.8, 1.25um, EIS) dan menyokong rakaman video 4K; sesuatu yang jarang ada untuk peranti di dalam kelasnya. ZenFone Max Pro M2 mempunyai skrin paparan bersaiz 6.3-inci dan juga nisbah skrin pada peranti sebanyak 90%.
Telefon pintar ini dilengkapi dengan 3 slot (2 Nano-SIM + microSD) yang boleh menyokong sehingga 2TB.
Pengguna boleh mendapatkan tawaran eksklusif bersempena Lazada 12.12 melalui pra-tempahan. Harga yang ditawarkan adalah RM 859.00 untuk tetapan 4GB/64GB dan RM 999.00 untuk tetapan 6GB/64GB.
Ketika hanya pra-tempahan sahaja yang diterima oleh ASUS untuk pengguna di Malaysia. Nantikan kehadiran ZenFone Max Pro M2 kelak di Malaysia.
Berkaitan
- Xiaomi Mi 5 Mendapat Sokongan Project Treble Secara Tidak Rasmi
- Xiaomi Mi Max 2 Dengan Bateri 5,000 mAh Dikhabarkan Keluar Minggu Depan
- 3 Sebab iPhone SE Merupakan Pilihan Bijak Untuk Peranti Sekitar Harga RM2,000
- Aquaria KLCC Adakan Program Lawatan Sambil Belajar Secara Maya
- MDEC Bersedia Untuk Mempromosikan Industri Sukan Permainan Digital Di Sekolah
- [Kuiz] Nak Menang Hadiah Bernilai RM249? Jawab Dengan Tepat 5 Soalan Ini
- Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark
- Samsung Mula Menjual Produk Audio Harman Di Korea Selatan
- ASUS ROG Malaysia Memperkenalkan ROG Zephyrus GX501
- DxO Menguji Sensor Kamera Dron DJI, GoPro.