Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yuna Image

Yuna Menjadi Wajah myIOU Mempromosikan Perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian

Diterbitkan Ogos 16, 2021 oleh ariff bukhari

Sebelum ini telah dikongsikan tentang perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang ditawarkan oleh IOUpay menerusi aplikasinya myIOU.

Kini syarikat teknologi kewangan (fintech) dan perdagangan digital itu mengumumkan penyanyi dan pencipta lagu antarabangsa, Yuna, sebagai Wajah myIOU.

Penglibatan Yuna dengan myIOU bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia memilih BNPL sebagai kaedah bayaran masa kini dan memupuk kesedaran tentang manfaat BNPL kepada perniagaan tempatan dan pengguna dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat pandemik ini.

Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU sebagai pemuka pendapat (opinion leader) menerusi kempen dan aktiviti promosi di platform media dalam talian dan luar talian.

 “Apabila menyedari bahawa myIOU bersama tawaran BNPL dapat membantu perniagaan dan pengguna pada waktu yang mencabar ini, saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Bersama dengan IOUpay, besar harapan saya untuk mendidik seramai mungkin komuniti kita tentang cara untuk memanfaatkan BNPL,” Yuna.

MYIOU 4

Aplikasi myIOU yang dilancarkan pada bulan Jun 2021 lalu, menawarkan perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) yang membolehkan pengguna memanfaatkan perbelanjaan secara optimum dengan membahagikan pembelian mereka kepada dua, tiga atau enam kali pembayaran bulanan tanpa faedah.

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai akses kad kredit atau kad debit tempatan boleh mendaftar dengan myIOU dan mendapat kelulusan kredit segera sebanyak RM1,000 untuk membeli daripada peniaga yang diluluskan oleh IOUpay. 

IOUpay telah menjalin kerjasama strategik dengan pemain industri terkemuka iaitu EasyStore, GoBiz oleh U Mobile, MYP1 dan Razer Merchant Services.

Beberapa pemilik dagangan terkemuka di myIOU termasuklah Brooks Malaysia, Buffalo Malaysia, Kapten Batik, KK Supermart, Klingen & Erlesen, Manuka Australia, Sans Wellness dan Teppanyaki Malaysia.

Baca juga: myIOU Menyediakan Platfom “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” Dengan Kredit Mudah Sehingga RM10,000

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY