Sebulan yang lalu, syarikat teknologi kewangan dan perdagangan digital Asia Tenggara, IOUPay telah melancarkan perkhidmatan kewangan “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (BNPL) myIOU di Malaysia.
Pihak Wiser telah berkesempatan menembual Ketua Pegawai Eksekutif IOUPay, En. Khong Kok Loong secara atas talian.
Dalam tembual itu, belaiu menyatakan bahawa IOUpay hadir dengan perkhidmatan ini adalah sebagai memenuhi keperluan pasaran tanpa tunai yang semakin meningkat di Malaysia.
Beliau menjelaskan, myIOU merupakan servis tanpa tunai yang memberikan kredit mudah sehingga RM10,000 kepada pelanggannya.
Servis ini juga sekaligus mampu meringankan beban di waktu pengguna perlu membelanjakan wang mereka diwaktu sukar ketika ini.
Kredit mudah ini secara automatik akan dimasukkan ke dalam akaun myIOU mereka sekaligus membolehkan pengguna membelanjakan kredit tersebut di stor-stor yang menawarkan servis pembayaran melalui myIOU.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa myIOU ini adalah sama sepertimana kad kredit atau servis seperti pembayaran e-dompet Touch n Go.
Tetapi sebenarnya tidak.
Ini kerana, myIOU membolehkan anda membuat pembayaran ke atas pembelian barangan dan servis dari kredit akaun myIOU anda terlebih dahulu.
Malah ia memberikan kemudahan pembayaran ansuran tanpa faedah kepada pelanggannya sehingga 6 bulan untuk melangsaikan kredit myIOU yang telah dibelanjakan.
Pengguna pula tidak perlu menambah kredit akaun myIOU mereka dengan memotong wang anda dari bank seperti mana e-dompet yang memerlukan anda membuat tambah nilai ke atas e-dompet tersebut.
Malah setiap perbelanjaan kredit dari myIOU akan dinyatakan dengan jelas di aplikasi myIOU. Jadi penggunanya dapat melihat berapa banyak kredit myIOU mereka masih ada dan untuk apa ia dibelanjakan.
Ia sekaligus menjadikan pengguna lebih peka dengan setiap perbelanjaan mereka serta secara tidak langsung aplikasi myIOU ini berfungsi sebagai pengurus kewangan kepada pelanggannya.
myIOU kini boleh digunakan pada hampir sebahagian besar stor popular di seluruh Malaysia dalam pelbagai kategori.
Dari pusat mengecat kereta, pusat jualan barangan bayi, makanan, pusat servis kenderaan, perhotelan, pusat kecantikan dan kedai barangan elektrik serta banyak lagi kini sudah pun menyediakan servis pembayaran myIOU.
Apa yang dapat disimpulkan adalah, selain daripada menawarkan servis pembayaran tanpa tunai di Malaysia, myIOU juga secara tidak langsung membantu pengguna yang terkesan ketika pandemik ini yang mungkin perlukan kredit perbelanjaan yang tidak membebankan.
Untuk mendaftar dengan myIOU adalah amat mudah di mana ia boleh dibuat terus dari telefon pintar anda menerusi aplikasi myIOU.
Dokumen yang diperlukan pula hanyalah kad pengenalan anda sahaja (berumur dari 18 tahun dan ke atas) dan kad debit atau kad kredit anda sebagai pengesahan pendaftaran.
Malah pendaftaran juga adalah percuma tanpa caj terselindung.
Cuma buat masa ini, myIOU masih belum terima penarafan patuh syariah untuk servis mereka.
Tetapi En. Khong Kok Loong menyatakan bahawa mereka dalam usaha untuk mendapatkan penarafan tersebut.
Perkhidmatan “Beli Sekarang, Bayar Kemudian” (BNPL) seperti yang ditawarkan oleh myIOU ini mungkin bukan untuk semua pengguna. Tetapi bagi mereka yang memerlukan dan gemar menggunakan pembayaran tanpa tunai, ia pastinya menjadi pilihan.
Aplikasi myIOU boleh dimuat turun untuk peranti Android dan juga iOS.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan BNPL dari myIOU ini, anda boleh layari laman rasmi myIOU.com.