Skechers Friendship Walk 2020 Diadakan Secara Maya Hingga 6 September

Skechers kembali lagi dengan acara 'Skechers Friendship Walk' tetapi untuk edisi ketiga, Skechers Friendship Walk 2020 diadakan secara maya.

Melalui acara edisi dalam talian kali ini, peserta dibenarkan untuk memilih laluan sendiri. Peserta boleh memilih sama ada ingin berjalan di sekitar bandar atau di treadmill di rumah sejauh 3, 5, atau 10km.



Acara tersebut sudah pun bermula pada 5 Ogos lalu dan akan berjalan sehingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pendaftaran masih terbuka untuk sesiapa yang masih berminat untuk turut serta.

Naib presiden Skechers Asia Tenggara, Zann Lee mengatakan format acara lari secara maya yang mereka adakan tahun ini lebih fleksibel dan membolehkan lebih ramai orang untuk mengambil bahagian dari mana-mana dan bila-bila masa sahaja sepanjang tempoh satu bulan ini.

Pelbagai ganjaran menarik dari Skechers menanti anda, termasuk ganjaran baucar 30 peratus apabila anda mendaftar untuk acara ini. Setelah menyelesaikan jarak yang disasarkan, peserta akan memperoleh e-baucar diskaun 40 peratus yang boleh digunakan untuk membeli kasut, beg, dan pakaian berharga biasa di mana-mana kedai Skechers.

skechers friendship walk

Menariknya, peserta yang mendaftar untuk Pakej Premium berpeluang untuk memenangi bekalan kasut Skechers selama setahun apabila berjaya menyelesaikan perjalanan mereka.

Peserta boleh mengesan jarak perjalanan mereka menggunakan aplikasi penjejakan dan setelah selesai, peserta harus menyerahkan tangkap layar perjalanan mereka ke laman HeyJom.com.

Untuk membuat pendaftaran dan mengetahui lebih lanjut, layari laman web HeyJom.com.

Sumber: Hype & HeyJom

Baca lagi: Joseph Gordon-Levitt, Pelakon Hollywood Sedang Mencari Pemuzik Dari Malaysia Untuk Filem Terbaru