Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Melihat Keseluruhan Transkrip Sarikata Yang Terdapat Pada Video YouTube

YouTube Kini Mengeluarkan Ciri Q&A Untuk Siaran Secara Langsung

Diterbitkan November 16, 2022 oleh Aziah Zulkifli

YouTube memperkenalkan ciri baharu di mana penonton rancangan siaran langsung boleh melakukan sesi soal jawab dan undian untuk pengacara.

Ciri baharu ini merupakan Q&A secara langsung di mana penonton boleh menanyakan beberapa soalan sepanjang sesi rancangan secara langsung. Dengan ini, setiap sesi penstriman kini akan mewujudkan interaksi yang lebih mendalam antara pengacara dengan penonton.

Sesi soal jawab ini akan tersedia di ruangan Live Control. Terdapat ciri lain juga di mana penonton boleh melakukan undian secara langsung yang terletak bersebelahan dengan sesi Q&A.

Tetapan dan sistem di dalam ciri ini ditetapkan sama seperti dalam ruang perbualan. Oleh itu, mana-mana perkataan yang ditapis akan dibuang serta sesetengah soalan yang kurang sopan boleh dilaporkan.

Moderator tidak mempunyai sebarang kawalan untuk sesi Q&A. Akan tetapi, Manager dan Editor mempunyai akses untuk setiap soalan yang diajukan. Mereka juga boleh mengakses senarai soalan dan juga memilih soalan-soalan yang hendak dijawab.

Kesemua soalan yang dikeluarkan akan disusun secara kronologi. Selepas sahaja 200 soalan diajukan, soalan yang terdahulu akan mula menghilang. Penonton hanya boleh mengajukan satu soalan sahaja untuk setiap minit.

Namun, ciri baharu ini tidak akan berkesan melalui telefon pintar serta sebarang rekod soal jawab tidak akan disimpan dalam YouTube Analytics.

Sumber: YouTube

Berkaitan

  • YouTube Tamatkan Ujian Yang Terhadkan Resolusi 4K Untuk Pengguna Premium
  • Ini 6 Benda Baru Di YouTube Yang Anda Perlu Tahu Sekarang Agar Tidak Terkejut
  • Carian Shorts Di YouTube Kini Lebih Mudah
  • Youtube Primetime Channels Dilancar, Hab Untuk Platform Penstriman Dan Kandungan TV
  • YouTube Music dan Premium Kini Mempunyai Lebih Daripada 80 Juta Pengguna Berbayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY