Youtube Bawakan Ciri Mesej Dalam Aplikasi Untuk Kemaskini Terbaru Mereka

Youtube telah menambah ciri mesej dalam aplikasi yang membolehkan anda berkongsi video dan berbual bersama senarai kenalan yang lain, dan semua itu hanya di dalam satu aplikasi.



Tujuan mereka adalah untuk menggalakkan pengguna berada di dalam aplikasi Youtube lebih lama, tanpa perlu meninggalkan aplikasi itu. Youtube menggelarkan ciri ini sebagai satu cara "perkongsian" video yang baru, tetapi jika dilihat, ia tidak ubah seperti antaramuka pemesejan.

Ia pertama kali diuji pada Mei 2016 yang lalu dan pada Januari 2017 yang lepas ia ditawarkan di Kanada untuk langkah ujian yang seterusnya. Mengapa Kanada? Hal ini kerana rakyat Kanada berkongsi video dalam talian lebih banyak berbanding rakyat negara lain.

Menurut syarikat, kemaskini aplikasi ini sudah mula penawarannya ke seluruh dunia dan tersedia untuk pengguna Android dan juga iOS.

https://www.youtube.com/watch?v=feBF_IY-HI8

Sumber: Youtube