Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

YouTube Bakal Lancar Pesaing Tiktok, ‘Shorts’ Akhir Tahun Ini

Posted on April 2, 2020Disember 10, 2020

Seperti yang diketahui, Tiktok kini merupakan aplikasi perkongsian video yang semakin popular dengan mencatat lebih 700 juta muat turun pada 2019. Kini, laporan terbaru mendedahkan YouTube bakal melancarkan pesaing Tiktok, ‘Shorts’ menjelang akhir tahun ini.

Menurut The Information, Shorts bakal hadir sebagai ciri baharu dalam aplikasi YouTube sedia ada dan bukan aplikasi baharu. Ia mungkin akan menjadi video ringkas yang tersedia pada suapan (feed) di YouTube dan lagu yang akan digunakan sebagai muzik latar diambil daripada katalog muzik berlesen sedia ada YouTube.

Terdahulu, YouTube telah melancarkan format Stories untuk bersaing dengan Snapchat dan Instagram. Digunakan oleh YouTube Channel untuk menghasilkan kandungan seperti kemas kini yang lebih pendek, ia boleh didapati pada bahagian tab Langganan.

Tidak seperti video, Stories ini terhad kepada subscriber saluran tersebut sahaja, dan perkara sama mungkin akan dilakukan pada Shorts.

Sumber: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress