Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebilangan Pengguna Dah Boleh Cuba Main ‘Game’ Di YouTube

YouTube Ambil Tindakan Baru Terhadap Pengguna Penyekat Iklan

Diterbitkan Januari 16, 2024 oleh ariff bukhari

YouTube kini menjadikan menonton video diplatform mereka daripada sukar kepada lebih sukar jika anda menggunakan penyekat iklan (adblocker).

YouTube sebelum ini telah menegaskan bahawa,penggunaan penyekat iklan melanggar Syarat Perkhidmatan YouTube.

Pada lewat tahun lepas, platform itu mula memaparkan mesej “Penyekat iklan melanggar Syarat Perkhidmatan YouTube” dalam pemain video apabila seseorang yang menggunakan penyekat iklan cuba melihat video di YouTube.

Tetapi kini, YouTube mengambil tindakan yang lebih tegas dengan memperlahankan keseluruhan platform mereka apabila penyekat iklan dikesan.

Google merujuk kepada pengalaman itu sebagai “tontonan suboptimum.” Ramai pengguna melaporkan bahawa platform itu menjadi lembap dan tidak responsif sehinggalah penyekat iklan dilumpuhkan.

Jadi, sekiranya anda dapati YouTube anda menjadi perlahan dari biasa, ia bukanlah kerana masalah talian internet anda. Sebaliknya ia adalah tindakan YouTube kerana mengesan pelayar anda menggunakan penyekat iklan.

Jadi, cara untuk mengatasi isu itu adalah membatalkan penyekat iklan atau melanggan YouTube Premium, yang mengalih keluar iklan daripada YouTube serta YouTube Music.

Berkaitan

  • YouTube Premium Family Untuk Pengguna Malaysia Naik RM7
  • Halang Penyekat Iklan, YouTube Berdepan Tuduhan Mengintip
  • Ini Ciri Terbaru Untuk Pencipta Kandungan Di YouTube

Sumber: 9TO5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY