Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi Dikalangan Masyarakat

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi Dikalangan Masyarakat

Diterbitkan Februari 14, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahIbni Almarhum Sultan Haji Ahmad ShahAl-Musta’in Billah semasa Istiadat Pembukaan Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas yang berlangsung baru-baru ini, kerajaan dititahkan untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan masyarakat.

“Dalam usaha merakyatkan sains, Kerajaan Beta akan memberi tumpuan kepada inovasi sosial bagi melahirkan budaya inovatif di kalangan rakyat dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi penggunaan teknologi. Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi di kalangan masyarakat akan dilaksanakan menerusi program Malaysia Techlympics dan Minggu Sains Negara. Daya saing syarikat tempatan akan diperkukuh melalui Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D tempatan dalam perolehan Kerajaan. Program ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan peluang pasaran kepada barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan dalam perolehan Kerajaan”

Malaysia Techlympics 2022

Program Malaysia Techlympics 2022 lalu yang dilaksanakan oleh MRANTI telah berjaya mencatat sebanyak 1.03 juta penyertaan dalam kalangan pelajar dan belia yang berumur dari 7 hingga 30 tahun.

Program itu juga telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Penyertaan Pelajar Terbesar dalam Pertandingan Sains, Teknologi dan Inovasi”.

Sementara Minggu Sains Negara pula telah ditetapkan Kerajaan untuk disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun bermula tahun 2018 lagi.

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Membudayakan Sains, Teknologi Dan Inovasi Dikalangan Masyarakat

Program Minggu Sains Negara 2022 lalu telah dilaksanakan dari 1 April 2022 dan berakhir pada bulan Oktober 2022 yang diisi dengan pelbagai aktiviti melibatkan pelbagai pihak termasuklah pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, belia serta masyarakat umum.

Berkaitan

  • Usaha MOSTI Lahirkan Inovator Muda Berkebolehan Melalui 'Malaysia Techlympics' Capai Kejayaan Luar Jangka
  • Honor Magic5 Pro Berjaya Rakam Detik Yang Pecah 'Guinness World Records'
  • YouTube Genap 18 Tahun Hari Ini, Mari Telusuri Sejarahnya

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY