Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yamaha Lancar Laman Khas Jual Basikal Elektrik

Yamaha Lancar Laman Khas Jual Basikal Elektrik

Diterbitkan Ogos 18, 2023 oleh ariff bukhari

Yamaha baru sahaja mendedahkan platform jualan dalam talian baharu yang membolehkan pelanggan membanding dan membeli rangkaian luas basikal elektrik yang ditawarkan mereka dari laman sesawang mereka di Amerika Syarikat.

Dengan model e-basikal yang berharga antara USD2,000 (~RM9300) hingga USD6,000 (~RM28,000), e-basikal Yamaha bukanlah basikal biasa yang biasa didapati dijual dalam talian di AS.

Biasanya, jualan e-basikal di AS yang dibuat secara dalam talian kebanyakannya terhad kepada e-basikal kos rendah, berharga sekitar USD1,000 hingga USD2,000 sahaja.

Yamaha Lancar Laman Khas Jual Basikal Elektrik

Manakala basikal elektrik yang lebih mahal harganya dibuat melalui saluran terus kepada pengguna tetapi lebih kerap dijual melalui rangkaian pengedar.

Tetapi Yamaha mereka sistem dengan menawarkan beli-belah dalam talian dan penyepaduan peniaga.

Pelanggan boleh menyemak imbas, membanding dan membeli e-basikal Yamaha melalui dalam talian,

Berbeza dengan jualan dalam talian biasa, Yamaha Power Assist bertindak sebagai pengedar rekod untuk e-basikal, pelanggan juga boleh memilih pengedar tempatan yang mereka suka untuk menerima dan memasang e-basikal mereka.

Yamaha Lancar Laman Khas Jual Basikal Elektrik

Sesetengah peniaga menawarkan penghantaran, manakala yang lain memerlukan e-basikal diambil sendiri.

Yamaha hanya mula memasuki pasaran e-basikal AS pada tahun 2017 dahaulu yang boleh dianggap masih baru. Tetapi syarikat itu berjaya membina dan menghantar lebih 5 juta e-basikal di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Panduan Jenis-jenis Basikal Terbaik Untuk Peminat Basikal
  • Ducati Lancar Basikal Gunung Elektrik Edisi Terhad Berharga Lebih RM55 Ribu
  • YouTuber Cipta Basikal "Tanpa Roda"

Sumber: electrek

(Beli pelbagai model dan jenis basikal elektrik dan aksesori di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY