Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Umum TV Pintar Baru Lagi

Posted on Mei 24, 2021

Minggu lepas siri Mi TV P1 dan Mi TV Q1 akhirnya memasuki pasaran Malaysia. Hari ini, Xiaomi sekali lagi umum mereka akan melancarkan TV pintar baru MI TV 4A 40Β awal bulan Jun nanti.

Immersive experience. Beautiful visuals. Truly a work of art.

Uncover the excellence on the #HorizonEdition with Bezel-less design.

𝐈𝐦𝐦𝐞𝐫𝐬𝐒𝐯𝐞. 𝐖𝐨𝐫𝐀 𝐎𝐟 𝐀𝐫𝐭. #MiTV4A40 coming on 01.06.2021.

RT πŸ”„ if you’re excited. pic.twitter.com/mFbFEqEMUT

— Xiaomi India (@XiaomiIndia) May 24, 2021

TV pintar baru ini akan didatangkan dengan ciri Horizon Display, sebuah paparan dengan bezel minima di setiap sudut. Selain itu, ia juga menawarkan paparan lebih cantik dan mengasyikkan seperti sebuah karya seni.

Walaupun spesifikasi TV baru ini masih belum diperincikan, ada kemungkinan ia sama seperti siri MI TV 4A Horizon Edition yang pernah dilancar pada September tahun lalu.

Mi TV 4A Horizon Edition menggunakan Android Pie serta dikuasa cip Amlogic Cortex A53 dengan RAM 1GB dan storan 8GB.

Baca juga – TV Pintar Xiaomi Akhirnya Tiba Buat Pasaran Tempatan

Melihat pada namanya, TV pintar baru ini mungkin mempunyai paparan berukuran 40-inci berbeza dengan sebelum ini yang mempunyai paparan berukuran 32-inci dan 43-inci.

Sumber: gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress