Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Perlihatkan Rakaman Video Malam Pada Peranti Mi 11

Posted on Disember 24, 2020

Xiaomi rasmi akan melancarkan Mi 11 pada 28 Disember 2020. Kini, mereka telah memperlihatkan kemampuan rakaman video waktu malam pada peranti andalan ini.

Berdasarkan perkongsian menerusi weibo, Mi 11 mampu merakam video dengan cahaya yang sangat sedikit tetapi dapat menghasilkan rakaman yang cantik.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2020/12/温馨时光,暗中收藏-小米11-融入计算摄影...-来自小米手机-微博.mp4

Dalam pada itu, Xiaomi turut mengumumkan bahawa Mi 11 akan menggunakan teknologi fotografi pengkomputeran dimana kecerdasan buatan serta deep learning digunakan dalam penghasilan gambar.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2020/12/小米11-新功能亮相!-掀开夜的帷幕,记录美...-来自小米手机-微博.mp4

Selain itu, Mi 11 akan hadir dengan dua varian iaitu versi standard dan Pro. Paparan menggunakan 2K, menyokong warna 10bit dan kadar penyegaran 120Hz.

Mi 11 juga akan menggunakan reka bentuk tiga kamera matriks kecil 2+1 sementara Mi 11 Pro menggunakan reka bentuk kamera matriks mendatar.

Dari segi prestasi, cip pemproses Snapdragon 888 yang ada pada Mi 11 mengatasi cip kirin 9000 dan Snapdragon 865 dalam ukur aras Geekbench baru-baru ini.

Sumber: weibo1, weibo2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress