Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Watch Bakal Tiba Di Malaysia 20 Januari Ini

Xiaomi Mi Watch Bakal Tiba Di Malaysia 20 Januari Ini

Diterbitkan Januari 14, 2021 oleh Meor Hasyim

Xiaomi Malaysia sebelum ini ada membuat pengumuman bahawa jam pintar Mi Watch bakal tiba untuk pasaran tempatan pada bulan Disember 2020.

Kelihatannya perkara tersebut tidak terjadi dan ramai peminat tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar pelancaran jam tersebut.

 

Hari ini pihak Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Mi Watch secara rasmi akan diperkenalkan pada 20 Januari 2021 tidak lama lagi.

Xiaomi Mi Watch merupakan jam pintar memfokuskan aktiviti kecergasan. Ia hadir dengan skrin bersaiz 1.39 inci AMOLED dengan kecerahan 450 nits. Selain itu ia juga turut dibekalkan dengan kapasiti bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 16 hari lamanya.

Fungsi lain termasuklah penarafan kalis air 50ATM, 117 mod senaman, denyuitan nadi, paras oksigen dalam darah, pemantauan corak tidur, dan tahap tekanan.

Harganya untuk pasaran tempatan sudah tentu akan dikongsikan pada tarikh berkenaan juga. Jika di pasaran luar, Xiaomi Mi Watch ini dipasarkan pada harga sekitar RM500.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY