Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Watch_028

Xiaomi Mi Watch Bakal Hadir Untuk Pasaran Tempatan Pada Bulan Disember

Diterbitkan Oktober 6, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 7, 2020 oleh Amsyar Latif

Hari ini Xiaomi secara rasminya melancarkan Mi Watch iaitu jam pintar dengan rekaan yang ringan dan memfokuskan aktivti kecergasan.

mi watch

Ia menggunakan paparan skrin bersaiz 1.39 inci AMOLED dengan kecerahan 450 nits. Terdapat lebih daripada 100 muka jam serta boleh disesuaikan menggunakan gambar sendiri dan berat hanyalah 32g.

Mi Watch_017

Dimuatkan dengan bateri sebesar 420mAh dan mampu bertahan sehingga 16 hari penggunaan dengan hanya mengecas dua jam. Ia juga menggunakan pengecas magnetik.

Mi Watch_04

Tambahan lagi, jam pintar ini mempunyai penarafan kalis air 5ATM iaitu sehingga kedalaman 50m dalam air dimana ia sesuai untuk digunakan ketika hujan, berenang mahupun mandi.

Ia tersedia dengan butang sukan dimana pengguna boleh memilih sehingga 117 jenis aktiviti senaman. Turut hadir dengan fungsi penjejakan denyutan nadi, paras oksigen dalam darah, pantauan corak tidur, tahap tekanan dan juga paras tenaga dalam badan.

Mi Watch ini menggunakan sambungan Bluetooth 5.0 dan menyokong Android 4.4 dan ke atas serta iOS 10.0 dan ke atas. Jam pintar ini akan hadir buat pasaran tempatan pada bulan Disember 2020.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY