Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi pad 5

Xiaomi Mi Pad 5 Akan Ada Sistem MIUI Baharu

Diterbitkan Julai 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Memandangkan pasaran tablet mula kembali diminati, Xiaomi akhirnya ingin menawarkan semula tablet mereka sejak kali terakhir dilancarkan pada tahun 2018 menerusi siri Mi Pad.

Baru-baru ini, kami melaporkan bahawa tablet Xiaomi Mi Pad 5 sudah menerima pengesahan SIRIM dan ini adalah petanda pelancarannya semakin hampir.

Namun, terdapat segelintir pengguna tablet android mengeluh kerana kebanyakan aplikasi di peranti sebegini tidak begitu serasi. Bermakna, aplikasi tersebut tidak dioptimakan buat tablet.

Xiaomi Mi Pad 5 Akan Ada Sistem MIUI Baharu

Disebabkan itu jugalah Apple mewujudkan iPadOS dan juga aplikasi yang khusus untuk iPad. Melihat kepada perkara ini, Pengarah Produk Xiaomi menyatakan Mi Pad 5 akan mempunyai sistem MIUI baharu yang dinamakan “MIUI for Pad”.

Hal ini kerana beliau mengatakan banyak aplikasi di tablet Android memeningkan kepala dan tidak begitu baik. Jadi, dengan MIUI untuk tablet ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lebih lanjut apakah penawaran baharu menerusi MIUI tersebut. Oleh itu buat masa sekarang, sama-sama kita tunggu tablet Xiaomi ini. Pasti ramai yang ternanti-nanti.

Sumber: mydrivers

Baca juga artikel berkaitan:

  • MIUI 13 Akan Menawarkan Fungsi “Tambah” RAM
  • Siri Redmi K50 Dijangka Hadir Dengan Snapdragon 895
  • Corning Umum Gorilla Glass DX/DX+, Pelindung Lensa Kamera Telefon Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY