Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Mix 4

Xiaomi Mi MIX 4 Dijangka Hadir Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

Diterbitkan April 12, 2021 · Dikemas kini April 12, 2021 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Xiaomi telah memperkenalkan Mi MIX Fold, iaitu telefon boleh lipat pertama syarikat itu. Terbaru, spekulasi mengenai Mi MIX 4 pula mula diperkatakan.

under display camera Mi MIX 4

Menerusi perkongsian Ice Universe di Twitter, beliau telah memperlihatkan rekaan konsep Mi MIX 4. Menariknya pada panel skrin, tiada rekaan bertakuk atau berlubang yang ditampilkan.

Menurutnya, peranti ini akan menggunakan teknologi kamera bawah paparan. Sementara itu, di bahagian setiap penjuru peranti pula bakal hadir dengan rekaan melengkung.

I am 100% affirmation, Mi Mix4 will use the UPC ( Under Panel Camera ) technology, and it is very likely to use curved screen design, and other new technologies will be used for this phone. pic.twitter.com/esxZPrw5F3

— I'm back! (@UniverseIce) April 10, 2021

Selain itu, Mi MIX 4 juga dijangka akan dilengkapi dengan teknologi baharu yang lain.

Bagaimanapun, buat masa ini belum ada maklumat lanjut bila Mi MIX 4 akan diumumkan. Dijangka lebih banyak perincian mengenainya akan didedahkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Ice Universe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY