Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh

Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh

Diterbitkan Oktober 31, 2019 ยท Dikemas kini Oktober 31, 2019 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini kita telah mengetahui bahawa Xiaomi dalam persiapan untuk melancarkan peranti terbaharu mereka, Mi CC9 Pro. Mereka juga telah mengacah 5 kamera belakang dengan lensa utama bersaiz 108MP. Hari ini mereka mengacah lagi beberapa spesifikasi berkenaan bateri.

Melalui laman Weibo, Xiaomi memuat naik satu foto yang mengatakan Mi CC9 Pro akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,260 mAh. Ia juga akan menyokong pengecasan pantas 30W yang mampu mengecas peranti sehingga 58% dari 0% dalam masa 30 minit.Xiaomi Mi CC9 Pro Akan Dilengkapi Bateri Sebesar 5,260mAh

Dengan saiz kapasiti bateri yang besar tersebut, adalah dikhuatiri peranti menjadi tebal. Akan tetapi Xiaomi mengatakan bahawa peranti ini tidak telalu tebal serta rekaannya akan menawarkan genggaman yang baik dan selesa.

Xiaomi Mi CC9 Pro dikatakan akan hadir dengan 6.4 inci FullHD serta dijana dengan Snapdragon 730G. Menjelang tarikh pelancaran, kita bakal melihat lebih banyak lagi maklumat mengenai peranti ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY