Penawaran ini dilihat sama seperti Redmi Band yang dilancarkan di China sekitar April lepas, tetapi untuk pasaran global lain membawa nama Mi Band 4C.
Secara zahirnya ia jauh berbeza dari model-model terdahulu dimana paparan warna berbentuk petak digunakan dan ia adalah dari jenis TFT berukuran 1.08 inci.
Dari segi mod kecergasan, ia menawarkan sejumlah ciri penjejakan asas seperti kiraan kalori, pemantauan degup jantung 24/7, pemantauan corak tidur, dan kiraan langkah. Selain itu, antara mod sukan yang dilengkapkan pada model ini adalah jalan laju, berbasikal dan beberapa lagi.
Dari segi janaan kuasa, ia dimuatkan dengan bateri 130mAh dan dikatakan mampu menguasakan peranti sehingga 14 hari. Mi Band 4c juga mempunyai ciri pemberitahuan notifikasi, kawalan muzik dan sokongan ketahanan air 5ATM.
Mi Band sedia dijual bermula 7 Julai dan tawaran hanya eksklusif tersedia di Shopee Xiaomi Official Store Global pada harga RM99. Namun begitu, ia boleh didapati pada harga lebih murah iaitu RM79 melalui Shopee Flash Sale.
Berkaitan
- Huawei Mate 10 Boleh Dimiliki Pada Harga Bawah RM2000
- Redmi Sah Akan Hadir Dengan Kamera 64MP, Xiaomi Bakal Guna Kamera 108MP
- Microsoft Akan Tamatkan Akses Permainan Internet Seperti Spades, Backgammon Dan Lain-Lain
- Aplikasi Ini Boleh Semak Kadar Gula Yang Terkandung Didalam Minuman
- Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan
- OPPO K1 Sudah Rasmi, Ada Sistem Imbasan Cap Jari Dibawah Skrin
- ASUS ROG Phone 3 Masuk Malaysia September Depan
- Xiaomi Turut Lancarkan Mi Smart Standing Fan 1C
- Xiaomi Bangunkan Kilang Pengeluaran Automatik Sepenuhnya, Mampu Keluarkan 60 Unit Telefon Pintar Dalam 1 Minit
- DJI Mavic Mini Diperkenalkan, Bersaiz Kompak Dan Mampu Terbang Sehingga 30 Minit