Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Mungkin Dikuasakan Dengan Cip Snapdragon Siri 700

Posted on Mei 7, 2019

Desas-desus kedatangan Mi A3 dan Mi A3 Lite sudah kedengaran sejak Mac yang lalu lagi. Seperti dua model yang sebelumnya, kod nama dengan akhiran ‘sprout’ digunakan pada model-model baru ini iaitu ‘Bamboo Sprout’ dan ‘Cosmos Sprout’.

Pada satu ciapan di Twitter, kedua-dua peranti Xiaomi dalam program Android One ini dijangka bakal dikuasakan dengan platform Snapdragon siri 7xx.

Bamboo_sprout/cosmos_sprout/pyxis

All 3 should be SDM7XX series. Which one (710/712) I can’t say for sure yet.

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) May 5, 2019

Walaubagaimanapun ia tidak dinyatakan secara terperinci tetapi berkemungkinan model Mi A3 dilengkapi dengan Snapdragon 730 atau 712, sementara sebuah lagi model, Mi A3 Lite mungkin ditawarkan dengan cip Snapdragon 710.

Ini sedikit sebanyak membuatkan pengguna teruja disamping, ramalan penggunaan sensor imbasan cap jari pada skrin serta kamera swafoto 32MP. Buat masa sekarang, spesifikasi masih samar-samar lagi dan kita perlu nantikan pengumuman dari Xiaomi.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress