Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite

Android One merupakan sistem operasi Android istimewa yang digunapakai pada telefon pintar tanpa sebarang ubahsuai dari pihak pengeluar.

Antara pengeluar yang sudah menggunakannya ialah Xiaomi pada siri Mi A1 dan Mi A2 mereka sebelum ini. Berita terbaru, dua lagi model yang menggunakan sistem yang sama didakwa sedang dibangunkan mereka.

Menggunakan kod nama "bamboo_sprout" dan "cosmos_sprout" dikatakan adalah Xiaomi Mi A3 dan Mi A3 Lite. Untuk pengetahuan anda, semua peranti Android One menggunakan terma "sprout" pada kod nama mereka.

Kapsyen: Mi A2/The Verge


Malah menurut Xda-Developers, kedua-dua model dijangka akan hadir dengan sistem imbasan cap jari dalam skrin melihat kepada ujian yang telah dijalankan terhadap mereka.

Selain itu, Xiaomi jika berkemungkinan besar akan menggunakan kamera swafoto 32MP untuk kedua-dua model berkenaan nanti.

Bagaimanapun, spesifikasi lain bagi peranti ini masih lagi menjadi tanda tanya ketika ini.

Xiaomi melancarkan Mi A2 pada Julai 2018 manakala Mi A1 pada September 2017. Maka kami menjangkakan siri Mi A3 juga mungkin bakal dilancarkan pada suku ketiga(Julai-Sept) tahun ini.

 

Sumber: Xda-Developers    GizChina