Xiaomi Mi A3 Akan Terima Kemaskini Android 10 Pertengahan Februari Ini

Sebelum ini pengguna Mi A2 telah pun menikmati versi Android 10 terkini, namun untuk pengguna Xiaomi Mi A3, masih tiada berita lagi mengenai kemaskini tersebut.

mi a3 android 10

Sehinggalah maklumat terbaru daripada akaun rasmi Twitter Xiaomi India mengatakan kemaskini untuk Android 10 akan hadir untuk Mi A3 dalam masa terdekat. Kicauan itu ditujukan untuk kepada seorang pengguna yang bertanyakan bilakah kemaskini itu akan hadir buat pengguna Mi A3.

Jadi, maklum balas Xiaomi adalah ia akan datang pada pertengahan Februari ini. Kira-kira sebulan dari sekarang, jadi pengguna masih terpaksa menunggu sebelum mendapat kemaskini tersebut secara rasmi.

https://twitter.com/XiaomiIndia/status/1217022607687442434
Apa-apa pun lebih baik ada tarikh penjangkaan daripada hanya membiarkan pengguna tertanya-tanya bila mereka akan mendapatnya. Harap-harapnya Xiaomi mengotakan janji mereka untuk melepaskan kemaskini tersebut pada pertengahan Februari nanti.

Sumber: Xiaomi