Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi A3

Xiaomi Mi A3 Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga Bermula RM899

Diterbitkan Julai 31, 2019 · Dikemas kini Julai 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dilancarkan pada pertengahan bulan ini, Xiaomi Mi A3 akhirnya tampil rasmi untuk pasaran dalam negara hari ini.

Sebagai penyambung kepada Mi A2, model ini sudah pasti menjalankan sistem antaramuka Android Pie 9 tidak seperti peranti Xiaomi lain yang cukup sinonim dengan sistem MIUI.

Xiaomi Mi A3 Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga Bermula RM899

Secara ringkasnya, Mi A3 dilengkapi dengan spesifikasi seperti Snapdragon 665, RAM 4GB dengan pilihan memori simpanan antara 64GB atau 128GB. Rakaman foto pula ditugaskan kepada tiga lensa belakang yang terdiri daripada sensor 48MP + 8MP ultra lebar +2MP depth. Sebelah hadapan pula diletakkan sensor 32MP pada takuk skrin paparan.

Peranti ini turut disertakan dengan sensor imbasan cap jari dalam paparan, bicu audio 3.5mm serta dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4030mAh menyokong pengecasan pantas 18W. Namun begitu, ia hanya dibekalkan dengan pengecas 10W dari dalam kotak. Skrin paparan AMOLED dihadapan berukuran 6.088 inci (1560p) dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.

Xiaomi Mi A3  akan mula dijual kepada peminat di Shopee serta Lazada bermula 3 Ogos 2019. Harga rasmi jualan yang diberikan adalah RM 899 (4GB+64GB) dan RM 999 (4Gb+128GB).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY