Xiaomi Mi 9 Mula Terima Kemaskini MIUI 11 Berasaskan Android 10

Sistem antaramukan Xiaomi yang terkini, MIUI 11 sudah sedia dilepaskan beberapa minggu lalu dan kini, siri Mi 9 pula mengambil giliran.

Bagi model Mi 9, kemaskini yang diterima bersaiz 2.3GB dengan terkandung sejumlah ciri seperti Always on display, Mi Share serta rekaan antaramuka dioptimumkan lagi untuk penggunaan skrin penuh.



Selain itu, versi Android juga dinaik taraf kepada Android 10 tetapi kemaskini Mi 9T dilihat masih berada pada Android 9 Pie sahaja seperti Pocophone F1. Naik taraf kepada Android yang terbaru itu mungkin akan ditawarkan pada masa akan datang.

Apabila selesai mengemaskini peranti, bolehlah jenguk ke bahagian Autostart kerana ia dilihat mengaktifkan tetapan autostart kepada banyak aplikasi yang dirasakan tidak perlu.

Untuk menyemak sama ada peranti anda sudah menerima kemaskini ini, pergi ke Settings > About Phone > System Update.  Bagi yang belum terima, harap bersabar kerana