Xiaomi mempunyai peranti Mi A1 yang berada di bawah program Android One yang membolehkan peranti itu menggunakan hampir sepenuhnya sistem operasi Android yang asli dan hasilnya sangat memberangsangkan dari sudut pengguna.
Imej yang tertiris di TENAA menggambarkan rekaan luar yang dikemaskini dengan nisbah skrin 18:9. Telefon pintar ini dikatakan akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 626 yang mengandungi 8 teras dengan kelajuan jam dikunci pada 2.2 GHz.
Dengan berpandunkan gambar diatas, Mi 6X mungkin akan menggunakan ruang RAM sebesar 4GB dan ruang ROM sebesar 64GB. Untuk bahagian kamera pula, peranti ini dikatakan akan menggunakan tetapan dwi-kamera (20MP + 8MP) dengan bukaan lensa f/2.0 dan f/1.8.
Kapasiti bateri memaparkan peranti ini menggunakan kapasiti 2, 910 mAh di mana untuk tahun 2018 ia merupakan nilai yang sedikit. Tetapi untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi asli Android, ia merupakan kapasiti yang cukup memadai.
Mi 6X atau Mi A2 akan datang dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo terus dari dalam kotak.
Berkaitan
- Huawei P20 Secara Rasmi Diperkenalkan Dengan Versi Pro Hadir Bersama Tetapan 3 Kamera Utama
- Steam Kena Sekat- Peminat Garu Kepala
- WhatsApp Akan Berhenti Berfungsi Untuk Peranti Ini Mulai Minggu Hadapan
- Pengguna Celcom Bakal Mengalami Gangguan Servis Disebabkan Naik Taraf Sistem Pembayaran
- Redmi 9, Harga Rendah Tapi Prestasi Gaming Puas Hati
- Lenovo Legion Phone Duel 2 Rasmi Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM3,299
- Raja Kelas Pertengahan, Redmi Note 9 Pro Adalah Peranti RM1,000 Paling Berbaloi
- Imej Dan Video Redmi S2 Tertiris Dengan Spesifikasi Dan Harga
- Pertandingan Dota 2 Terbesar Di Malaysia, Major Kuala Lumpur Menemui Peminat Bermula 16 September Ini
- 5 Gaming Chair Pada Harga Sekitar RM200 Di Shopee