Xiaomi Mi 11 Lite Bakal Tiba Buat Pasaran - Hadir Dengan 3 Kamera Dan Snapdragon 732G

Baru sahaja beberapa minggu Xiaomi melancarkan peranti andalan baharu mereka, Mi 11 dan beberapa hari yang lepas, terdapat ura-ura Mi 11 Pro akan dilancarkan.

Xiaomi tidak berhenti disitu kerana Mi 11 Lite dikatakan bakal tiba buat pasaran tidak lama lagi. Menurut blogger weibo, peranti ini akan dengan paparan water drop, pengecasan 33W MMT, bateri 4250mAh serta rekaan yang lebih ringan.



Malah, peranti juga dikatakan telah menerima pengesahan dengan nombor model M2101K9AG di mana ia dilengkapi MIUI 12 dan 6GB+64GB/128GB.

Selain itu, peranti ini akan menggunakan panel IPS dengan kadar penyegaran 120Hz. Namun, kekurangan peranti ini terletak pada cip pemprosesnya kerana ia akan menggunakan Snapdragon 732G.

Walau bagaimanapun, peranti yang mungkin kelas pertengahan ini akan dijual pada harga sekitar AS$350 (~RM1400) meletakkan ia sebagai peranti Mi 11 lebih mampu milik.

Sumber: 1, 2, 3