Xiaomi Mi 10S Kalahkan ROG Phone 5 Dalam Ujian Prestasi Audio

Semalam Xiaomi mengesahkan tarikh pelancaran bagi telefon baharu dalam siri Mi 10 iaitu Mi 10S pada 10 Mac ini. Walaupun belum dilancarkan, ia mengalahkan ROG Phone 5 dalam ujian prestasi audio DxOMark.

Sebagai perbandingan, Mi 10S menerima skor main balik dan rakaman sebanyak 80. Sementara ROG Phone 5 pula adalah 78 (main balik) dan 79 (rakaman).

Ini bermakna, prestasi audio setakat ini diungguli oleh Xiaomi Mi 10S berbanding telefon lain termasuk Mi 10 Pro, ROG Phone 3 dan Huawei Mate 20 X.



Selain itu, DxOMark juga mendedahkan rekaan panel hadapan Mi 10S dimana hadir dengan paparan melengkung serta takuk berlubang pada bahagian kiri.

Dari segi spesifikasi, Mi 10S bakal dijana Snapdragon 870 dan dilengkapi dwi-pembesar suara 0.7mm yang ditala Harman Kardon.

Menariknya tentang Xiaomi Mi 10S dan ROG Phone 5 ini adalah kedua-duanya akan dilancarkan pada hari yang sama, iaitu esok.

Sumber: DxOMark