Xiaomi Mi 10S Dilancarkan, Ini Adalah Spesifikasinya

Xiaomi hari ini memperluaskan siri Mi 10 mereka dengan melancarkan Mi 10S. Walaupun rekaan yang mirip Mi 10 Ultra akan tetapi didalamnya tampil dengan spesifikasi berbeza.

Antara naik taraf yang ketara adalah cip pemproses yang digunakan adalah Snapdragon 870 dimana prestasinya adalah lebih baik berbanding Snapdragon 865.

Selain itu, dilengkapi dwi-pembesar suara pada bahagian atas dan bawah telefon. Seperti Mi 11, telefon ini juga menggunakan sistem audio yang ditala Harman Kardon.

Tambahan lagi, Xiaomi turut berbangga dengan skor audio yang diterima dari DxOMark baru-baru ini dan menyatakan ia adalah telefon dengan sistem audio paling baik yang pernah dihasilkan.



Dari segi paparan, Mi 10S tampil dengan panel AMOLED melengkung berukuran 6.67 inci. Turut menyokong kadar penyegaran 90Hz, kadar pensampelan sentuh 180Hz, warna DCI-P3, HDR 10+ serta kecerahan sehingga 1120 nits.



Bagi peminat fotografi, sistem kuad-kamera terbina dibelakang yang mana 108MP utama dengan OIS, 13MP ultra lebar, 2MP depth dan 2MP makro. Manakala kamera hadapannya adalah 20MP.



Di dalam telefon juga dimuatkan bateri sebesar 4780mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W berwayar, 30W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik.

Tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam, biru dan putih. Harga jualan bermula 3299 Yuan (~RM2092) untuk varian 8GB+128GB. Manakala varian tertinggi dengan 12GB+256GB adalah 3799 Yuan (~RM2409).



Tidak dilupakan, Xiaomi masih menawarkan kepada pengguna sama ada mahukan kotak yang hadir dengan pengecas atau pun tidak. Walaupun begitu, harganya masih sama bagi kedua-dua kotak tersebut.

Buat masa sekarang, Mi 10S hanya terhad untuk pasaran China sahaja. Kami masih belum mengetahui adakah ia tersedia untuk pasaran tempatan.

Sumber: ithome