Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (204)

Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark

Diterbitkan Ogos 11, 2020 · Dikemas kini Ogos 12, 2020 oleh Meor Hasyim

Sebelum ini Huawei P40 Pro merupakan peranti pintar dengan kamera terbaik dalam carta DxOMark. Namun Xiaomi berjaya menghasilkan resepi yang berjaya menumbangkan takhta P40 Pro dengan model terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10 Ultra.

Peranti tersebut berjaya meraih 130 mata berbanding P40 Pro yang hanya 128 mata.

Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark
Carta DxOMark

Ia juga berjaya merekodkan markah tertinggi untuk kategori foto sebanyak 142 manakala markah video pula adalah 106.

Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark
Markah foto (142) dan video (106)

Menurut DxOMark, mereka memuji julat dinamik yang tinggi, butiran yang cemerlang, white balance yang tepat, bokeh yang cantik, dan juga pencahayaan yang baik.

Namun terdapat juga sisi-sisi gelap kamera seperti kekurangan butiran dan hingar pada penggambaran sudut lebar.

Dari segi kamera, pujian turut diberikan pada autofokus pantas, penstabilan efektif, dan pewarnaan yang baik.

Xiaomi Mi 10 Ultra Diperkenalkan – Snapdragon 865, Paparan 120Hz, Pengecasan 120W, Dan Zum 120X

Mengenai spesifikasi kamera Xiaomi Mi 10 Ultra, ia dilengkapi dengan 48MP utama, 20MP sudut lebar, 48MP periskop 120X zum serta 12MP potret. Kamera swafoto pula merupakan sensor 20MP.

Rujukan: DxOMark

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY