Antara negara-negara yang masih belum membawa masuk secara rasmi peranti Xiaomi ke dalam pasaran mereka adalah seperti Cuba, Syria, Iran, Korea Utara, Sudan dan Crimea.
Sebelum ini pengguna-pengguna peranti Xiaomi di negara-negara itu tidak berdepan masalah untuk mengaktifkan peranti Xiaomi.
Namun begitu ia kini berubah selepas Xiaomi mengubah polisi mereka menyebabkan pengguna Xiaomi di negara-negara tersebut menerima mesej yang berbunyi begini;
“Xiaomi policy does not permit sale or provision of the product to the territory in which you have attempted to activate it. Please contact the retailers directly for additional information.”.
Respon terhadap isu tersebut, jurucakap Xiaomi memberitahu tindakan menyekat peranti Xiaomi dari diaktifkan di negara-negara terbabit adalah untuk pihak mereka menjalankan siasatan kes penyeludupan dan bagi menghalang daripada berlaku penyalahgunaan data keselamatan dan hak pengguna.
Jurucakap Xiaomi itu juga memaklumkan mereka telah memperoleh hasil siasatan yang baik dan telefon pintar Xiaomi yang disekat sudah boleh diaktifkan semula.
Sumber: Global Times, GizChina
Berkaitan
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- A.S Menyimpulkan Xiaomi Bukan "Syarikat Tentera Komunis China"
- Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel
- Xiaomi Menubuhkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Di Finland
- CEO Xiaomi Mendedahkan Rahsia Harga Murah Produk Keluaran Mereka
- Telefon Pintar Xiaomi Redmi Note 7 Telah Dijual Sebanyak 15 Juta Unit
- Ini Senarai Peranti Xiaomi Yang Berkemungkinan Besar Menerima Kemas Kini MIUI 13
- Xiaomi Lancarkan Mesin Basuh Mini Pintar, Boleh Kawal Dari Aplikasi
- Status Ikon Bateri Di Telefon Pintar Xiaomi Dan Redmi Kini Boleh Diubah Suai Ikut Suka Penggunanya
- Ini Senarai Telefon Pintar Xiaomi Yang Dijangka Akan Terima Dan Tidak Terima Kemas Kini Android 12