Xiaomi Dikhabarkan Sedang Bekerja Dengan Google Untuk Peranti Android One Seterusnya

Google baru sahaja melancarkan projek Android One dalam harapan untuk mencapai sasaran 1 bilion pengguna Android, khususnya kepada mereka yang yang tiada bajet untuk membeli peranti Android biasa.

Projek ini ditubuhkan untuk memberikan pengalaman Android kepada mereka yang ingin merasainya tanpa mengeluarkan wang yang begitu besar.

Projek Android One dilancarkan di India pada tahun 2014 tetapi kurang mendapat sambutan dan tidak seperti yang diharapkan.

Google dikhabarkan cuba untuk memulakan projek ini kembali dengan membuat kerjasama dengan Xiaomi. Kerjasama ini dinilai atas beberapa perkara seperti:

  • Xiaomi berjaya menghasilkan peranti yang berkualiti dengan harga jualan yang rendah.

  • Xiaomi menjadi jenama yang terkenal di India setelah membuka kilang pembuatan mereka di sana.


Jika khabar angin ini benar, mungkin kita dapat melihat satu produk yang menarik daripada kerjasama ini. Xiaomi dengan perkakasan dan binaan yang berkualiti digabungkan dengan perisian mantap dari Google, memungkinkan sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk dimiliki dapat dihasilkan.

Sumber