Dijangka akan diperkenalkan pada 5 November nanti.
Bukan lagi rahsia berkenaan Xiaomi yang sedang membangunkan jam pintar mereka sendiri. Sebelum ini pada September lalu, laman 9To5Google telah pun menemukan bukti berkaitan pembangunan jam pintar yang sedang dibangunkan Xiaomi.
Hari ini pula pihak Xiaomi China telah berkongsikan imej acah pelancaran jam pintar tersebut menerusi laman Weibo.
Cumanya daripada imej acah tersebut jelas rekaan jam pintar yang dijangka akan dinamakan sebagai Xiaomi Mi watch itu jelas amat menyerupai rekaan jam pintar Apple Watch.

Ini merupakan jam pintar rasmi yang pertama di bawah jenama Xiaomi yang dilaporkan akan dikuasakan oleh sistem operasi Wear OS dari Google.
Berkenaan reka bentuknya pula, sama-sama kita tunggu pada pelancarannya nanti adakah ia benar-benar adalah klon Apple Watch atau pun tidak.
Sumber: 9To5Google
Berkaitan
- Kamera Telefon Pintar Telah Menelan Populariti Kamera Digital
- Peranti Android Masih Menguasai Pasaran Telefon Pintar Di Malaysia
- Perkhidmatan KTM Komuter 24 Jam Tanpa Henti Selama 3 Hari 2 Malam
- Semua Pengguna Telefon Pintar Galaxy Patut Segera Aktifkan Ciri Keselamatan Wi-Fi Ini
- AnTuTu - Ini Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2022
- Samsung Dengan Kerjasama Xiaomi Perkenalkan Sensor Kamera 108 Megapiksel
- Bimbangkan Bakteria? Gunakan Aksesori Telefon Pintar Yang Dilengkapi Teknologi Anti Bakteria
- Jam Tangan Mewah Ini Dimuatkan Dengan Enjin Bugatti Chiron. Berharga RM1.2 Juta
- Ahlong Kini Lebarkan Operasi Menerusi Aplikasi Pinjaman Wang - PDRM
- 'Bloatware' Menggugat Keselamatan Telefon Pintar Android