Terkenal dengan harga mampu milik serta tetapan dwi kamera, ia menjadikan siri ini sebagai model yang dinantikan oleh peminat.
Sedikit sebanyak tentang spesifikasi Mi A2 telahpun kita ketahui kerana ia adalah berasaskan kepada model Mi 6X, yang dilancarkan pada 25 April lalu.
Namun berdasarkan perkhabaran terbaru, sebuah lagi model dalam variasi lite bakal mengiringi pelancaran Mi A2.
Versi Lite dijangka hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 digandingkan bersama RAM 4GB serta storan dalaman 64GB.
Bagi skrin paparan pula, ia akan berukuran 5.84 inci dengan resolusi 1080 x 2280. Tetapan dwi kamera belakang dilengkapi dengan lensa 12MP dan 5MP, serta dijana dengan bateri 4000 mAh yang menjalankan Android Oreo 8.1.
Perbezaan boleh dilihat pada versi utama serta Lite dari segi, cip pemprosesan, lensa dwi kamera serta kapasiti bateri.
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Xiaomi Mi Band 4C Berharga RM99 Sudah Mula Dijual
- Boleh Miliki vivo X50 Pada Hanya RM59 Sebulan Dari Celcom
- Astro Family Pack Dan Broadband 30Mbps Boleh Dilanggan Pada Harga RM99 Sebulan
- RAM 16GB Dan Pengecasan 120W Mungkin Pertaruhan Xiaomi Selepas Ini
- Naik Taraf Kepada Android Pie Untuk Peranti Realmi Akan Bermula Jun Depan
- Webe Boleh Di Dapati Secara Rasmi Pada 30 September ini
- "Gags & Coffee 2.0" CFM: Sketsa Santai Untuk Pengguna Fahami Isu Komunikasi Dan Multimedia Sempena Sambutan WTISD18
- Microsoft Edge Untuk Android Mencatat 1 Juta Muat Turun
- Peminat Tempatan Kini Lebih Mudah Menyaksikan Perlawanan Bola Sepak Secara Dalam Talian
- Pembangunan Kereta Terbang, UniMAP Sedia Kongsi Kepakaran Yang Dimiliki