Terbaru, pada sebuah acara persidangan yang dihadiri oleh pengasas merangkap naib presiden kanan Xiaomi, Hong Feng, beliau dengan rasminya mendedahkan mengenai sistem operasi tersebut.
Ura-ura sebelum ini menyebut Xiaomi bakal menggunakan nama MIUI X (nombor roman bagi 10) untuk sistem operasi seterusnya, namun dengan pengumuman rasmi ini, ia bakal disebut sebagai MIUI 10.
Walaubagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai MIUI 10 yang dikongsi, tetapi berdasarkan klu yang diberi sebelumnya , ia bakal memfokuskan terhadap kecerdasan buatan (AI).
Xiaomi sebelum ini telah berkongsi senarai 40 peranti yang sudah dan bakal menerima kemaskini MIUI 9.
Sedikit mengejutkan beberapa buah model lama turut tersenarai dan mungkin ia merupakan kemaskini terakhir buat model tersebut.
Sumber: IT Home
Berkaitan
- Huawei Rasmikan Model Nova 4, Hadir Dengan Kamera 48MP
- VAIO SX12 - Komputer Riba Kecil Yang Menyediakan Pelbagai Port Sambungan
- Webe Bakal Hadir Dengan Pelan Mudah Alih Baru Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Takkan Jual Telefon Pintar Dengan Harga Yang Mahal
- Ini Mungkin Spesifikasi Yang Bakal Dibawa Mi 10 Dan Mi 10 Pro
- Dengan Harga Langganan RM100, Anda Boleh Nikmati Internet Jalur Lebar Dan Mudah Alih Tanpa Had
- Nokia 8 Dilaporkan Sudah Terima Pensijilan Dari SIRIM
- Penyenaraian Di TEENA Memperlihatkan ASUS ROG Phone 2 Dengan Bateri 5800mAh
- Bekas Pengguna Android Merupakan Penyumbang Kepada 15%-20% Penjualan iPhone
- Maxis Ada Pelan Pasca Bayar Dan Broadband Baru