Mula diperkenalkan Jun yang lalu, siri HONOR 50 hadir dengan tiga model – HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 SE. Melaluinya, HONOR Malaysia juga pernah mengesahkan kehadirannya di pasaran tempatan.
Tiga bulan berlalu, HONOR akhirnya rasmi menyatakan bahawa telefon tersebut bakal dibawa masuk ke tanah air pada bulan hadapan, iaitu Oktober ini.
Namun, mereka tidak memberitahu bilakah tarikh pelancaran serta model yang mana akan ditawarkan kepada peminat tempatan. Apa-apa pun, pasti ada golongan yang berminat dengan peranti HONOR.
Ini kerana rekaan HONOR mempunyai ‘DNA’ daripada Huawei. Bezanya, HONOR ada sokongan GMS sementara Huawei sebaliknya.
Imbas kembali spesifikasi HONOR 50 dan HONOR 50 Pro yang dilancarkan di China tempoh hari, masing-masing dilengkapi Snapdragon 778G, memori hingga 12GB RAM serta storan dalaman hingga 256GB.
Skrinnya pula adalah 6.57 inci atau 6.72 inci dengan panel OLED 120Hz. Manakala kamera belakang hadir dengan 108MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro serta bantuan bokeh.
Oleh itu, sama-sama kita nantikan tarikh pengumuman rasmi oleh HONOR Malaysia.
Baca juga: