Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan Oktober 29, 2019 oleh Meor Hasyim

Siri model Xiaomi CC9 telah diperkenalkan Julai lalu dan nampaknya Xiaomi ingin menambah versi Pro yang lebih berkuasa. Peranti tersebut, Xiaomi CC9 Pro akan membawakan teknologi baharu dengan sensor kamera utama sebesar 108MP daripada Samsung.

Melalui gambar acah, ia juga bakal hadir dengan 5 kamera belakang yang disusun secara menegak dengan salah satunya mempunyai keupayaan zum optikal 5X. Dengan penawaran tersebut, ia menyamai peranti Huawei P30 Pro dan juga Oppo Reno 10X. Peranti juga akan menggunakan 4 LED flash.

Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Sensor 108MP tersebut mampu untuk merakam gambar bersaiz 12032×9024 pixel dan merekod sehingga resolusi 6K pada 30fps. Menggunakan teknologi Tetracell, sensor tersebut boleh menggabungkan 4 pixel berdekatan untuk menjadikan satu imej 27MP yang lebih cerah untuk situasi low-light.

Anda boleh melihat sampel-sampel gambar perkongsian Xiaomi di bawah yang diambil menggunakan peranti tersebut.

Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan
Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan
Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan
Xiaomi CC9 Pro Dengan Kamera 108MP Dan Lensa Optikal 5X Akan Dilancarkan Minggu Hadapan

Spesifikasi yang dikhabarkan adalah 6.4 inci FHD+ AMOLED dengan takuk waterdrop dan juga pengimbas cap jari di dalam skrin. Ia bakal dijana oleh Snapdragon 730G, 6GB RAM serta 128GB storan. Bateri pula 4,000mAh dengan pengecasan pantas 20W.

Selain gambar acah rasmi tersebut, tiada spesifikasi lain yang diberitahu. Xiaomi CC9 Pro bakal dilancarkan pada 5 November bersama-sama Mi Watch nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY