Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MI cc9

Xiaomi Mi CC9 Dirasmikan Dengan Snapdragon 710 Dan Kamera 48MP

Diterbitkan Julai 3, 2019 ยท Dikemas kini Julai 8, 2019 oleh Helmi Samsuri

Setelah mengambil alih jenama Meitu penghujung tahun lalu, Xiaomi kini tampil menghasilkan siri baru dikenali sebagai Xiaomi Mi CC9 dan Mi CC9e.

Siri CC atau singkatan kepada Coloruful and Creative ini disasarkan syarikat pengeluar kepada pembeli dari golongan muda yang mempunyai gaya hidup aktif serta gemar merakam selfie.

Berkenaan spesifikasi, Mi CC9 dihadirkan dengan skrin paparan AMOLED 6.39 inci, Snapdragon 710, RAM 6GB serta piihan antara storan 64GB atau 128GB. Ia turut disertakan dengan ciri NFC, bicu audio 3.5mm, port pengecasan USB digunakan untuk mengisi bateri berkapasiti 4030mAh melalui pengecasan pantas 18W.

Meitu edition mi cc9. MI cc9

Rakaman foto hadapan bakal dikendalikan oleh lensa 32MP sementara bahagian belakang membariskan tiga lensa, 48MP+8MP lensa lebar+sensor ToF.

Sebuah lagi peranti pula dikenali sebagai Mi CC9e, dimuatkan dengan Snapdragon 665, skrin 6 inci manakala lain-lain spesifikasi menyamai apa yang terdapat pada Mi CC9.

mi cc9.

Turut sama diperkenalkan dipentas pelancaran adalah Mi CC9 Meitu Edition yang spesifikasinya juga hampir sama tetapi lebih memfokuskan kepada sistem kamera yang lebih baik serta disediakan dengan RAM 8GB bersama storan 256GB.

Meitu edition

Xiaomi Mi CC9 dipasarkan di China bermula pada bulan hadapan dengan harga 1799 yuan (~RM1081 ) dan 1999 yuan (~RM 1201), berbeza mengikut spesifikasi.

Xiaomi Mi CC9e pula diletakkan pada tanda harga 1299 yuan (~RM780) untuk variasi RAM 4GB/64GB dan 1599 yuan (~RM961) bagi model RAM 6GB/128GB.

Penawaran untuk pasaran luar China masih samar-samar lagi oleh kerana jenama Meitu lebih dikenali di negara itu.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY