CEO Xiaomi Sahkan Tiada Pengecas Disertakan Bersama Mi 11, Kotak Juga Lebih Nipis

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah puas memerli jenama Apple disebabkan tidak menyertakan palam pengecas bersama-sama kotak pembelian iPhone 12, Xiaomi kini turut mengikuti jejak yang sama.

Terkini melalui dari mulut CEO Xiaomi sendiri iaitu Lei Jun, tiada palam pengecas yang akan diletakkan dalam kotak Xiaomi Mi 11 nanti.



Tidak mengejutkan ia turut menggunakan alasan sama seperti Apple iaitu mahu menjaga persekitaran dan juga merupakan amalan yang bagus dipraktikkan oleh industri.

Melalui kiriman Lei Jun di Weibo, beliau turut memperlihatkan kotak Mi 11 yang lebih nipis disebabkan ketiadaan pengecas. Beliau turut menambah "Adakah ada cara yang lain lebih bagus untuk menjaga persekitaran Bumi?".

Ia bermaksud mereka secara diam-diam setuju dengan apa yang Apple lakukan pada pengenalan iPhone 12 mereka.

Agak ironi kerana sebelum ini Xiaomi pernah memuat naik iklan mengherdik Apple dengan tindakan jenama Cuppertino itu membuang pengecas.

Mari kita lihat adakah Xiaomi akan memadam iklan perli tersebut memandangkan keputusan untuk membuang pengecas sudah dipersetujui oleh CEOnya sendiri.

Berkenaan telefon pintar yang disebut, Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan pada 28 Disember nanti di China.

Sumber: Weibo

Berkaitan