Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_005 (2)

Xiaomi Akan Umum Redmi Airdots 3 Pro Esok

Diterbitkan Mei 25, 2021 oleh Wiser MY

Seperti sedia maklum, Xiaomi Bakal Lancar Redmi Note 8 Versi 2021 dan kemungkinan Redmi Note 10 Ultra juga akan dilancar.

Terbaru, peranti audio Redmi Airdots 3 Pro juga akan diperlihat dalam pengumuman besar yang akan diadakan Xiaomi pada 26 Mei.

Menurut laman Weibo Redmi mobile phone, Redmi Airdots 3 Pro adalah peranti audio redmi yang pertama dengan ciri pembatalan hingar sehingga 35dB.

Xiaomi Akan Umum Redmi Airdots 3 Pro Esok

Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai kependaman (latency) paling rendah dalam industri fon kepala flagship. 

Tambahan lagi, Airdots 3 Pro juga mempunyai fungsi pengecasan Qi tanpa wayar beserta slot USB-C untuk pengecasan pantas.

Baca juga – Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Xiaomi Akan Umum Redmi Airdots 3 Pro Esok

Melihat dari poster yang dikongsi, Airdots terbaru ini juga akan hadir dengan rekaan baru dan berbeza dengan generasi TWS Redmi sebelum ini.

Sama-sama kita nantikan pengumuman esok untuk harga dan maklumat terperinci mengenai Airdots terbaru ini.

Sumber dan kredit foto: gsmarena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY