Xiaomi tidak berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai peranti-peranti itu tetapi ia telah pun tertiris beberapa hari yang lalu. Berdasarkan informasi yang tertiris, kedua-dua model bakal dilengkapi dengan skrin paparan berukuran 5.7 inci beserat nisbah paparan yang semakin popular, 18:9.
Redmi 5 dikhabarkan akan dikuasakan dengan Snapdragon 450 beserta 3 variasi storan iaitu...
- 2 GB RAM/16 GB memori
- 3 GB RAM/32 GB memori
- 4 GB RAM/64 GB memori.
Dibahagian kamera pula ia menampilkan lensa 12MP untuk kamera utama dan lensa 5MP untuk kamera selfie. Model ini juga dipercayai akan beroperasi dengan Android Nougat 7.1.2, bateri berkapasiti 3200 mAh serta pengimbas cap jari di bahagian belakang.
Tiada maklumat jelas mengenai model Redmi 5 Plus dan desas-desus mengatakan ia bakal hadir dengan Snapdragon 625, bateri sebesar 4000 mAh dan juga rekaan yang hampir sama dengan Redmi 5.
Sumber: Xiaomi dan Android Authority
Berkaitan
- Facebook Lite Sudah Ada Ciri Mod Gelap
- Google Bakal Ganti Nexus Dengan Pixel
- Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax
- Teknologi 5G - Huawei Masih Untung Walaupun Disekat AS
- Sony Dan IBM Cipta Storan Pita Magnetik Berkapasiti 330 Terabyte
- Permainan Angry Bird Blast Sudah Boleh Dimuat Turun Android Dan iOS
- Laman Pra Tempah IPhone 7 Dan IPhone 7 Plus Di Malaysia
- Lesen Sementara Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat AS Dilanjutkan 45 Hari Lagi
- Samsung Perkenal Dua Model Galaxy A Dengan Sokongan 5G
- Jika Mahu Peranti Dengan RAM LPDDR5, Tunggu Tahun Hadapan - Pengurus Besar Redmi