Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 11

Windows 11 Barangkali Hadir Dengan Langganan Beriklan Dan Berasaskan Awan

Diterbitkan November 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Windows 11 selepas ini mungkin menjadi perkhidmatan berasaskan awan (cloud) dan mempunyai lambakan iklan, lapor beberapa portal antarabangsa.

Berdasarkan keterangan pada iklan jawatan kosong oleh Microsoft, mereka memberikan klu tentang masa depan sistem operasi tersebut.

“The Windows Incubation team is chartered to explore new concepts for Windows in a cloud- and web-first world.”

Jawatan tersebut adalah untuk pasukan yang baru dibentuk yang dinamakan sebagai Microsoft Incubation.

“The building blocks we create will chart a new direction for the experience and business model of Windows – from low-cost PCs powered through advertising and subscriptions, to new direct-to-cloud hardware devices across work and life.”

Dalam Windows 11 sedia ada pun, pengguna boleh tahu syarikat itu giat menambah iklan seperti pada petak carian Edge.

Dengan sistem operasi secara awan juga, Microsoft percaya ia kelak dapat diakses melalui peranti yang berspesifikasi rendah.

Jadi, isu seperti spesifikasi minimum untuk pasang Windows 11 dapat ditangani kerana OS tersebut diakses melalui internet, bukan dipasang langsung pada peranti.

Berkaitan

  • Cara Pantas Untuk Lakukan "Split-Screen" Pada Windows 11
  • Windows 11 Terima Kemas Kini Utama, Ini Apa Yang Baharu
  • Ciri-Ciri Baharu Dalam Kemas Kini Windows 11 Seterusnya
  • Guna Aplikasi Pihak Ketiga Ini Untuk Ubah Kedudukan 'Taskbar' Windows 11 Dan Akses Pelbagai Lagi Tetapan Lain
  • Google Street View Akan Ditamatkan Tahun Hadapan, Pengguna Diminta Beralih Ke Google Maps
  • Pengguna Android Digesa Aktifkan Ciri Terpenting Google Play Store Ini Segera
  • Cara Tingkatkan "Gaming Performance" Pada Windows 11

Bukan itu saja, jika anda juga mempunyai poket yang nipis, anda boleh melanggan Windows 11 dengan harga lebih murah kerana mempunyai iklan.

Ia seperti dilakukan Netflix sekarang. Nak murah? Layan iklan.

Ogos tahun lepas, syarikat itu telah melancarkan Windows 365 yang juga perkhidmatan berdasarkan awan dan langganan.

Antara kebaikan model perniagaan baharu ialah lebih ramai pengguna dapat menggunakan Windows 11 kerana ia boleh dilanggan, lebih murah harganya dan dapat digunakan pada peranti kos rendah.

Sama-sama kita nantikan bagaimana dan bila Microsoft akan melancarkannya.

Sumber: ZDNet, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY