Windows 10 Bakal Dilengkapi Ciri Yang Sudah Pun Digunakan macOS Sejak Lapan Tahun Lalu

Windows merujuknya sebagai ciri “Cloud download”.


Dalam laman muka rasmi Windows 10 Insider Preview Build 18950 ada menyebut berkenaan ciri terbaru yang seakan sama dengan ciri yang dimiliki oleh macOS yang bakal dimuatkan dalam kemas kini Windows 10 akan datang.

Ciri yang dikenali sebagai “Cloud download” itu diterjemahkan sebagai ciri yang membolehkan pengguna Windows set semula komputer menggunakan sistem operasi tersebut kepada tetapan sistem asalnya menerusi sokongan internet.

Walaubagaimanapun, buat masa ini pihak Windows hanya memaklumkan pengenalan ciri baru tersebut. Ia belum diaktifkan dan boleh digunakan oleh pengguna Windows.

Ciri “Cloud download” Windows ini dilihat mempunyai persamaan dengan ciri yang ada pada macOS iaitu "Internet Recovery". Cuma ciri itu sudah pun diperkenalkan pada Mac OS X Lion (10.7) pada Julai 2011 dahulu.

Ia merupakan ciri yang membolehkan pengguna Mac melakukan pemasangan penuh sistem operasi macOS menerusi capaian internet tanpa memerlukan sebarang perisian sistem operasi di tangan pengguna.

"macOS Recovery is part of the built-in recovery system of your Mac. You can start up from macOS Recovery and use its utilities to recover from certain software issues or take other actions on your Mac."