Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Will.i.am Lancar Xupermask, Pelitup Muka Berharga ~RM1200

Will.i.am Lancar Xupermask, Pelitup Muka Berharga ~RM1200

Diterbitkan April 12, 2021 oleh Wiser MY

Selain menjadi pereka pakaian SpaceX untuk Elon Musk, rapper terkenal Black Eyed Peas lancar produk pelitup muka berteknologi tinggi bernama Xupermask.

Pemakaian pelitup muka telah menjadi norma baharu dalam situasi pandemik masa kini. Variasi pelitup muka boleh dilihat serata dunia dengan pelbagai ciri kesihatan, fesyen, atau teknologi seperti yang dilakukan oleh Razer.

Will.i.am bekerjasama dengan Honeywell untuk mencipta pelitup muka dengan reka bentuk futuristik dan berteknologi tinggi pada tanda harga $300.

Will.i.am Lancar Xupermask, Pelitup Muka Berharga ~RM1200

Disamping reka bentuk ala-ala cyberpunk dengan estetik neon dari lampu LED, Xupermask dilengkapi dengan ciri kipas berganda dan penapis HEPA. Ia juga mempunyai ciri fon telinga tanpa wayar dengan penyambungan Bluetooth 5.0, mikrofon, dan pembatalan bunyi aktif.

Dengan pelbagai ciri teknologi, Xupermask mempunyai jangka hayat bateri sehingga 7 jam untuk melalui aktiviti seharian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XUPERMASK (@xupermask)


Pelitup muka berharga $300 (~RM1240) ini akan mula dijual di Eropah dan Amerika Utara melalui laman sesawang khusus Xupermask hari ini.

Sumber: laptopmag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY