Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook

WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook

Diterbitkan September 28, 2018 · Dikemas kini September 28, 2018 oleh Haikel Areff

Aplikasi WhatsApp telah menjadi antara medium perhubungan segera yang paling popular hari ini. Menurut laporan, WhatsApp kini mempunyai sekitar 1.5 bilion pengguna secara bulanan. Mungkin atas dasar itu, pemiliknya Facebook Inc. telah membuat keputusan untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan melaluinya.

Maka, seperti yang kita ketahui, pada awal bulan lepas, WhatsApp telah mengumumkan bahawa iklan akan mula dipaparkan pada fungsi WhatsApp Status-nya. Menerima banyak tohmahan mengenainya, pengasas bersamanya, Brian Acton mendedahkan ketamakkan Facebook dalam menjana keuntungan.

WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook

Acton memberitahu bahawa dia dan rakan pengasasnya, Jan Koum mempunyai perbezaan pendapat mengenai cara untuk menjana pendapatan melalui WhatsApp dengan pemilik mereka, Facebook.

Menurutnya, mereka mahu WhatsApp menetapkan had kiriman percuma yang boleh dibuat oleh pengguna sebelum mereka dikenakan cas yang kecil secara terus.

Namun bagi Facebook, mereka lebih berminat untuk membuka aplikasi berkenaan untuk perusahaan memaparkan iklan mereka, sekaligus membolehkan mereka menjana keuntungan yang lebih besar.

Ini kerana Facebook berpendapat bahawa WhatsApp mampu menjana pendapatan dengan skala yang lebih besar dengan cara itu disamping mengekalkan statusnya sebagai aplikasi percuma untuk digunakan.

WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook

Berpunca daripada perbezaan ini serta beberapa perbalahan lain, Acton dan Koum telah pun meninggalkan Facebook. Malah, beliau juga telah memadamkan akaun Facebooknya berikutan masalah-masalah ini termasuklah perkara yang berkaitan dengan hak privasi pengguna.

Dengan keputusan Facebook ini, pengguna WhatsApp Status dijangka terpaksa melihat paparan iklan beberapa saat di antara peralihan dari satu kiriman Status kepada kiriman yang lain.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY