Maka, seperti yang kita ketahui, pada awal bulan lepas, WhatsApp telah mengumumkan bahawa iklan akan mula dipaparkan pada fungsi WhatsApp Status-nya. Menerima banyak tohmahan mengenainya, pengasas bersamanya, Brian Acton mendedahkan ketamakkan Facebook dalam menjana keuntungan.
Acton memberitahu bahawa dia dan rakan pengasasnya, Jan Koum mempunyai perbezaan pendapat mengenai cara untuk menjana pendapatan melalui WhatsApp dengan pemilik mereka, Facebook.
Menurutnya, mereka mahu WhatsApp menetapkan had kiriman percuma yang boleh dibuat oleh pengguna sebelum mereka dikenakan cas yang kecil secara terus.
Namun bagi Facebook, mereka lebih berminat untuk membuka aplikasi berkenaan untuk perusahaan memaparkan iklan mereka, sekaligus membolehkan mereka menjana keuntungan yang lebih besar.
Ini kerana Facebook berpendapat bahawa WhatsApp mampu menjana pendapatan dengan skala yang lebih besar dengan cara itu disamping mengekalkan statusnya sebagai aplikasi percuma untuk digunakan.
Berpunca daripada perbezaan ini serta beberapa perbalahan lain, Acton dan Koum telah pun meninggalkan Facebook. Malah, beliau juga telah memadamkan akaun Facebooknya berikutan masalah-masalah ini termasuklah perkara yang berkaitan dengan hak privasi pengguna.
Dengan keputusan Facebook ini, pengguna WhatsApp Status dijangka terpaksa melihat paparan iklan beberapa saat di antara peralihan dari satu kiriman Status kepada kiriman yang lain.
Sumber
Berkaitan
- Facebook Mahu Jana Pendapatan Melalui WhatsApp Selepas Kerugian Besar Yang Dialami
- Facebook Sedang Menguji Ciri Instant Video - Jimatkan Data Internet Untuk Tonton Video
- Sokongan Fungsi "Stickers" Akhirnya Akan Hadir Ke Aplikasi WhatsApp
- Ciri 'Pin Chat' WhatsApp, Pilih 3 Kenalan Untuk Dijadikan Keutamaan
- Facebook Memperkenalkan Fungsi 'Snapchat' Dengan Kemaskini Baru Untuk Messenger
- Menangi ASUS Zenfone Max Pro Menggunakan Facebook dan Instagram Anda Sekarang
- Facebook Berkerjasama Dengan Fandango Untuk Penjualan Tiket Filem
- Facebook Akui 30 Juta Akaun Pengguna Telah Digodam Bulan Lepas
- Fungsi Permesejan Facebook Mungkin Bakal Disatukan Semula Dengan Aplikasi Utama Selepas Ini
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia